Khamis 14hb.Nov.2013
Jabatan Kesihatan Perak mengarahkan premis Nasi Kandar Ayam Merah yang lebih dikenali sebagai nasi ganja atau nasi vanggey ditutup selama dua minggu kerana dipercayai menyediakan makanan dalam keadaan kotor.
Premis yang beroperasi di Jalan Yang Kalsom itu, diarah tutup bermula jam 5 petang tadi sehingga 28 November selepas pemeriksaan bersepadu dijalankan pihak terbabit bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Jabatan Imigresen kira-kira jam 4 petang.
Menurut pengarahnya, Datuk Dr Nor Dinayah
Hassan, arahan tutup itu dikeluarkan selepas pihaknya mendapati penyediaan
makanan di premis itu tidak mencapai tahap piawaian ditetapkan, sekaligus
dikhuatiri boleh mengancam kesihatan orang awam.
Nor Dinayah berkata, pemilik premis yang
tidak mematuhi perintah itu boleh disabitkan dengan kesalahan dan didenda atau
dipenjara tidak lebih daripada lima tahun atau
kedua-duanya sekali.
Tinjauan mendapati pintu dapur restoran
yang terletak di bangunan bersebelahan ditampal notis arahan tutup sementara.
Beberapa hari lalu, terdapat khabar angin
mendakwa premis nasi kandar itu menggunakan najis sebagai bahan pelaris makanan
itu terutamanya di laman sosial Facebook.
Perkara itu bagaimanapun dinafikan wakil
wakil premis dan menjelaskan fitnah yang dilemparkan langsung itu tidak berasas
sama sekali.
Sebelum ini, Peraktoday.com pernah
melaporkan premis nasi vanggey itu sering menjadi tumpuan ramai tanpa mengira
bangsa dan agama kerana keistimewaan ayam merah dan pelbagai jenis lauk-pauk
lain yang dijual.
Maka, tidak hairanlah premis itu menjadi
ikon dan lokasi popular bagi pelancong yang mengunjungi bandar raya Ipoh terutamanya di
hujung minggu dan cuti sekolah.
Sumber :- http://peraktoday.com/?p=148212
No comments:
Post a Comment