Wednesday, 20 November 2013

MASJID BARU BATU GAJAH



Sekarang penduduk Batu Gajah boleh berbangga setelah masjid baharu kini telah siap. Masjid baharu ini didirikan di tapak masjid lama setelah masjid lama dirobohkan. Masjid ini mempunyai saiz yang amat besar jika dibandingkan dengan lain lain masjid daerah. Melihat struktur binaanya pun sudah cukup untuk menguja perasaan kita untuk masuk kedalamnya..



Masjid Batu Gajah sering dikunjungi Sultan Perak Sultan Azlan Shah sebab berhampiran dengannya terdapat makam bonda tuanku. Sultan Azlan Shah pernah bersekolah di Batu Gajah. Untuk cerita Batu Gajah lebih lanjut sila ke sini


Masjid dua tingkat ini mempunyai kemasan yang bermutu tinggi. Daripada bahan lantai hingga ke hiasan atasannya sungguh menarik pandangan. Tidak keterlaluan jika saya katakan ia merupakan sebuah masjid yang tercantik di Negeri Perak




Hiasan dinding yang berwarna warni pada cermin menambah seri masjid ini. Di atas merupakan 
tangga yang di gunakan untuk naik ke ruang solat.

Pintu dan dinding ruang solat tingkat bawah




Mungkin anda bertanya apa benda yang berselimut dalam gambar di atas. Sesuatu yang menarik masjid ini ialah ia dilengkapi dengan tangga bergerak atau eskelator. Tangga bergerak ini kebiasaannya terdapat pada masjid masjid ulung sahaja. betapa bertuahnya kariah masjid Batu Gajah.


Ketika saya berkunjung ke masjid ini ianya baru beberapa bulan sahaja digunakan. Saya difahamkan eskelator itu hanya beroperasi pada hari jumaat sahaja buat ketika ini. Mungkin setelah dirasmikan ianya akan digunakan sepenuhnya. Itu hanya sekadar telahan sahaja.


Masjid ini memang aktif dalam sebarang program samada kerja sosial atau majlis ilmunya. Saya masih ingat antara imam masjid ini ialah Imam Kamarudin, Imam Tarmizi dan seorang lagi saya lupa. Dikhabarkan imam tersebut telah meninggal dunia. Beliau selalu memimpin majlis bacaan Yaasin pada malam jumaat. Allahyarham tuan imam tersebut tidak sempat untuk merasa memimpin solat berjemaah maupun berjemaah di masjid baru ini. Semoga rohnya ditempatkan bersama roh orang orang beriman.










Lekuk garisan tempat jemaah berdiri solat



Ruang solat wanita di sebelah kiri dewan solat

Ruang belakang dewan solat







Arah masuk ke ruang dewan solat



Tingkat bawah

Ruang solat tingkat bawah

Laluan keluar bahagian belakang masjid

Kawasan letak kereta, masih kelihatan bekas binaan

Laluan masuk ke kawasan masjid

Parkir sebelah kiri masjid dan sek agama rakyat

3 buah kereta jenazah

Dinding kiri masjid

Mimbar masjid lama masih disimpan

Dewan Raja Baharom

Ruang legar dewan

Dinding pagar masjid

Semoga islam berkembang dengan gagahnya di Batu Gajah sebagaimana gahnya masjid yang 
terbina dengan sokongan kuat Baginda Sulta Perak.


Sumber:- teropongmasa.blogspot.com


No comments:

Post a Comment