Sebanyak 4 ekor lembu telah di korbankan dimana seramai 28 peserta telah mengambil bahagian didalam ibadah korban dan aqiqah pada tahun ini yang diadakan secara bayaran mudah iaitu sebanyak RM 450.00 seorang dan dibayar secara bulanan sebanyak RM 45.00 selama 10 bulan.
Sistem ini telah di kendalikan oleh pengurusan Taman Mewah Indah sejak 2 tahun kebelakangan ini yang telah di ketuai oleh En Rosdi dan En Kudus.
Sistem kutipan ibadah korban ini amat menggalakkan serta mendapat sambutan baik bukan saja dari qariah Taman Mewah Indah bahkan juga dari taman-taman yang berhampiran.
Bagi anda yang berhampiran taman kami dan berminat untuk menyertai sistem ini, kami amat mengalu-alukan nya.
Anda boleh lah menghubungi kami melalui email atau meninggalkan komen dan no telipon anda di ruangan komen dibawah ini.. terima kasih.
En. Rosdi (Ketua sistem korban) |
di catat oleh : Rozman05
No comments:
Post a Comment